Friday, May 8, 2009 By: JMimie

PART 2 - Down The Memory Lane: My Early Life

Baru selesai melayari beberapa blog rakan-rakan yang ada di merata2 Malaysia. Dari KW saya terbang ke Surinit....adesss...turus sinumakob hati saya. Paparan kisah hidup hari ini banyak mengundang deraian airmata...alam sekeliling pun mendung dan suram. Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari tapi kelibat pancaran ceria sang suria masih juga tak kunjung tiba. Dan aku... hatiku tiba2 memilih enggan untuk bersuara banyak. Jadi, apa saja yang mampu ditulis untuk hari ini, itu sajalah yang akan menjadi tatapan rakan2 yang setia menanti sambungan cerita yang saya tulis sebelum ini....Down The Memory Lane...

Dalam keluarga, saya anak yang ke-7 (my favourite number...hehe) daripada 8 orang adik-beradik. Walaupun lahir bukan sebagai anak bongsu tetapi saya selalu dilayan dan dianggap seperti anak bongsu sejak kecil sampai sekarang. Dari dulu, saya juga dilabel sebagai "the brightest child in the family". Tidak hairan jika saya juga merupakan anak dan adik kesayangan ibubapa dan adik-beradik saya. Kasihan adik bongsu saya kerana kehadirannya sering 'tenggelam' akibat perhatian keluarga lebih tertumpu kepada saya.

Saya masih ingat dulu-dulu setiap kali abang2 dan kakak2 saya bertanya, "Mimie, apa cita-cita kau bila besar nanti?"
"Saya mahu jadi doktor" Itulah jawapan pantas yang tidak pernah berubah keluar dari mulut saya. (Hehe...ini bukan meniru cerita bro Ison tapi inilah cita2 saya dulu2. Malahan bro Ison adalah antara saudara terdekat yang menjadi idola saya dari dulu sampai sekarang dalam banyak perkara).

Berbeza dengan kisah zaman kanak-kanak bro Ison, saya memang antara pelajar terbaik waktu sekolah rendah dulu. Sejak darjah satu - enam, tidak pernah sekali pun saya gagal dalam setiap peperiksaan di sekolah. Setiap tahun pasti mendapat hadiah/anugerah kerana menduduki tempat pertama atau kedua atau ketiga.

Beralih ke zaman sekolah menengah, seperti biasa prestasi akademik saya sentiasa 'excellent'. Dalam banyak perkara dan keadaan, saya juga selalu menjadi 'center of attraction' oleh orang2 sekeliling. Dengan pencapaian yang serba-serbi kelihatan 'cukup pakej' waktu itu, saya yakin bahawa saya akan dapat mencapai cita2 saya dan mengikuti jejak saudara idola saya dengan mudah.

Rupa-rupanya saya silap. Akhirnya saya mengerti bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek dengan sendirinya tanpa usaha sehabis baik seperti yang pernah saya tulis dalam No Pain, No Gain. Segala-galanya berubah apabila.....

To be continued....

4 comments:

IsOn said...

Ades mimie, mad ko kasaspen ino ka di furen. ;)

ogumu kisah realiti hidup diti tidino. nga awasi nogi bo tu koponuduk nogi tongo kinoruangan om tongo tanganak wagu dot banar no, 'no pain no gain'.

mimang ko bangga oku dikau mimie.., ugu ko it emel ku dikau dit sosori tokow po id kl kodori...

JMimie said...

Hehe ison..kasaspen oi..aso i to nuunuu dilo...i nelaan nu nelo mantad kikiawi..tuyanan ku manambung iti..ogumu po wokon gamaan ku.

Little Mike (LM) said...

teruskan menulis. Saya tunggu untuk membaca seterusnya.

JMimie said...

TQ LM...nanti akan disambung juga.

Footer