Melihat paparan gambar2 dan rakaman video tentang isu penderaan dalam SAM, saya terdiam dan berfikir kenapa ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan kejam mendera kanak-kanak sampai begitu sekali. Fikiran saya menerawang jauh kepada banyak lagi isu-isu kejam lain yang juga melibatkan penderaan. Antaranya pasti masih segar dalam ingatan kita tentang kes ngeri rogol dan bunuh yang berlaku di daerah kita tahun lalu. Mangsa itu pun (dan mungkin pemangsa juga) bukan orang lain, saudara kita sendiri juga. Sesungguhnya, kita sangat mengutuk dan mengecam perbuatan2 kejam seumpama ini. Persoalannya, mengapa mesti bertindak sejahat itu? Mengapa tergamak begitu kejam menzalimi insan sesama manusia?
Menurut para psychologists, memang sukar untuk mengetahui motif sebenar mengapa seseorang suka mendera orang lain. Jawapannya pelbagai dan berlainan. Generally, tabiat suka mendera kebanyakannya bukan datang secara semulajadi dalam diri seseorang, tetapi lebih kepada dipelajari/diadaptasi dari sumber lain. Proses penerapan sikap suka mendera berlaku kerana/apabila:
1) orang berkenaan pernah menjadi mangsa dera pada satu jangka masa yang panjang, terutama sekali pada zaman kanak-kanak ketika proses pertumbuhan fizikal dan mental pesat berlaku. Contohnya, didera (samada secara langsung atau tidak langsung) oleh ibubapa, adik-beradik, pengasuh dan ahli keluarga lain. Apabila individu berkenaan menjadi dewasa, dia akan menukar dinamik hubungan mangsa dera VS pendera menjadi pendera VS mangsa dera. Ini kerana dengan menjadi pendera, mereka mendapat kepuasan untuk berada pada posisi in-control abuser dan keluar daripada perasaan out-of-control victim yang pernah mereka alami sebelumnya.
2) kerap menyaksikan aksi-aksi ganas secara live mahupun melalui media massa seperti menonton TV, movie, membaca bahan bacaan yang berunsurkan keganasan dll.
Memetik frasa seorang penulis, "by beholding, we are changed", maka tidak hairanlah kalau orang yang kerap menonton perbuatan atau aksi ganas (samada melalui percakapan atau tindakan) akan 'diubah' menjadi sama seperti apa yang selalu dia saksikan. Semakin kerap seseorang melihat aksi ganas dan kejam, maka secara psikologi, tanggapan bahawa perbuatan itu sesuatu yang 'biasa' dan diterimapakai di mana-mana akan terbentuk dengan sendirinya dalam minda. Akibatnya, apabila berada dalam keadaan hilang kawalan emosi, aksi yang pernah disaksikan dengan mudah diaplikasikan dan bertukar menjadi isu penderaan.
Moral of the story:
1) Ibubapa dan orang-orang dewasa, didiklah anak-anak dan generasi muda dengan sebaik dan setulusnya kerana setiap perbuatan kita akan memberi impak samada positif atau negatif kepada mereka. Jika teladan baik kita berikan, baiklah mereka. Jika teladan jahat kita tinggalkan, mereka pula akan menjadi lebih jahat daripada kita.
ii) Jangan biarkan anak-anak menyaksikan pertengakaran antara orang2 dewasa di dalam rumah atau di mana2, hindarkan kanak2 daripada mendengar kata2 kesat dan tidak senonoh terutama sekali daripada ibubapa dan seringlah memantau serta menghadkan dengan tegas bahan2 santapan mata, telinga dan minda anak2. Sebaiknya, jangan biarkan mereka menonton cerita2 ganas di TV, etc.
Bersambung....

2 comments:
menyedari dan menginsafi adalah ruang baik mengekang ketidakadilan kemanusiaan... artikel yang bagus. Sama-sama kita renungkan...
TQ LM...ya, sama2 kita renungkan...dan paling penting mengaplikasikannya.
Post a Comment