Wednesday, May 13, 2009 By: JMimie

PART 3 - A Tribute To My Beloved Brother, Dr. Nellson (Ison)

Note: Jangan suspen ah kawan2...hehe. Paparan kali ini bukannya satu cerita kisah cinta tapi sebenarnya ini adalah sambungan cerita Down The Memory Lane yang saya kongsikan sebelum ini. Anaru iti nga tuyanai diko'o mambasa bo. Happy Reading.

....SEGALA-GALANYA BERUBAH apabila tiba masanya untuk saya meneruskan langkah ke menara gading.

Perubahan pertama, cita-cita saya mahu menjadi doktor terpaksa dikuburkan kerana jika dilihat dari keputusan SPM saya, memang 'tidak sesuai' untuk masuk ke bidang perubatan. Lantas, saya terpaksa mengubah haluan ke bidang Pendidikan yang lebih bersifat linguistic. Apapun, saya tetap gembira dan bersyukur kerana sekurang2nya dapat juga ikut menyusul bro Ison belajar di Pengajian tinggi.

Tahun 1998, saya ke UiTM, Shah Alam. Kemasukan saya ke sana disambut oleh e-mail bro Ison yang memberikan ucapan tahniah dan menyatakan rasa bangganya kerana saya berjaya meneruskan pengajian di universiti. Sejak itu, kami sentiasa berhubungan melalui email. Pernah sekali kami berdua 'dating' sehari suntuk di kompleks PKNS, Shah Alam (haha...nasadayan kito ka diri Ison?). Tidak ada apa2 sebenarnya. Sekadar bertemu untuk mengubati rasa rindu pada kampung halaman yang nun jauh di mata, bertukar2 fikiran dan makan bersama.

Perubahan kedua, saya terpaksa dan harus belajar menerima hakikat bahawa hidup ini tidak selamanya indah dan mudah apabila saya mulai jatuh sakit pada tahun 2000. Nampaknya keinginan kuat saya mahu menjadi doktor terbalik pula menjadi pesakit. What an irony! Bermula dari titik ini jugalah segala-gala yang lain dalam hidup saya turut berubah secara drastik.

Penghujung tahun 2000, saya ditahan di UH (Hospital Universiti, U.Malaya) selama hampir 2 minggu di wad Rheumatology. Kerana apa? Sehingga hari ini, tidak ada diagnosis dari segi perubatan yang betul2 jelas. Semuanya negatif. Result menunjukkan semuanya normal tetapi simptom2 joint pain dan on-off fever semakin menjadi2 dari hari ke hari. Selama berada di UH, selama itulah saat2 saya berasa paling dekat dengan bro Ison. Dengan setia, sedaya upaya dari HUKM bro Ison datang melawat dan menemani saya di UH hampir setiap hari. Di waktu yang lain bila dia tidak dapat datang, dia akan pastikan ada orang yang datang menemani untuk menceriakan hari-hari saya melalui seorang doktor pelatih lain (rakan baik bro Ison) yang belajar di UH. Betapa prihatinnya brother ku ini.

Pernah juga sekali, tiba2 bro Ison muncul di UH bersama seorang pemuda berkulit cerah yang amat asing di mata saya. Pemuda itu senyum2 dan menyapa saya dalam bahasa Kimaragang...bukan alang2 halus dan dalam lagi bahasa Kimaragang dia...adess...madko turus mikulabid i dila ku tiya diri...haha..rupa2nya, pemuda itu bukan orang lain juga...siapa lagi kalau bukan bro Mogoron yang waktu itu dalam proses menghabiskan pengajian doctorate nya di UPM (kalau tidak silap). Hati saya waktu itu tidak terkata, excited yang teramat sangat kerana dikunjungi oleh saudara yang pertama kali saya temui dalam hidup dan tidak pernah berjumpa lagi selepas itu. Tapi, syukurlah kerana dengan adanya kecanggihan teknologi masa kini, alam maya telah menemukan dan mendekatkan saya semula dengan bro Mogoron.

Bila saya kenangkan kembali semua peristiwa2 lalu ini...kadang2 saya tersenyum...banyak waktu juga saya menangis walaupun jauh di sudut hati...saya sebenarnya teramat bersyukur kerana pengalaman itu amat berharga, pengalaman itu mematangkan fikiran, pengalaman itu menjadi guru yang mengajar tanpa menyembunyikan kebenaran...

Sebelum berpisah untuk hari ini, saya tinggalkan kawan2 semua dengan petikan kata2 bro Ison kepada saya tidak lama dulu....

"Saya terus berfikir kenapa kau tiba2 sakit begitu, dan kenapa pihak hospital tidak dapat menemui apa penyebabnya, juga kenapa ubat2 yang diberikan tidak memberi kesan yang diharapkan. Ah! Saya banyak berfikir tentang kau. Mana mungkin tidak ada jawapan? Setiap yang berlaku pasti ada penyebab dan tujuannya. Setiap jenis penyakit pasti ada penyebabnya. Saya baca buku. Cek di internet. Namun saya tidak juga menemui jawapan yang memuaskan...saya menangis sendiri bila ingat kau. Kalaulah saya tahu sejak dari kita di KL lagi. Mungkin keadaannya tidak sama seperti sekarang. I’m so sorry my dear sister. Kekesalan ini tidak pernah luput dalam ingatan saya..."

Mengapa dan kenapa sampai begini...nantikan sambungannya nanti.

To be continued...

P/S: Keseluruhan siri kisah hidup saya ini adalah satu paparan realiti kehidupan masa lalu, masa kini dan akan datang. Tidak ada niat untuk menagih simpati, semua ini sekadar satu perkongsian sebagai renungan kita bersama supaya tetap bersemangat untuk live life to fullest sekalipun berhadapan dengan beraneka ragam suka duka kehidupan.

11 comments:

Anonymous said...

mie..
hidup ini rasanya sebuah pelyaran yg tiada tepian. semakin kuat ombak memukul semakin kuat kita bertahan. jika tidak maka akan tergolek terhumbanlah kita..apa yang penting pakai sesuatu yang mengingtkan orang lain terhadap kita..agar mati kita bernisan. agar hidup kita berkesan kepada yang masih bertahan..

semoga berbahagia

kawan lama..

NONG said...

Mie..
TAHNIAH atas KEBERANIAN yang semakin bermula.Inilah realiti yang saya nanti2kan selama ini. Kita berkongsi rasa dari roh jiwa yang paling dalam bukan untuk meraih simpati atau belas kasihan orang lain tetapi untuk memberikan suntikan semangat bertahan "UNTUK HIDUP" pada mereka2 yang hidup tapi mati jiwa dan semangat mereka.
Ketika membaca bait2 bicara mimie ini, air mata mengalir deras kerana saya dapat merasakan perasaan mimie yang paling dalam.
Tidak semua orang mampu melalui hidup dengan tabah seperti kau mie..Syukur kepada TUHAN kerana kasihNYA tidak pernah berakhir untuk kita.
Teruskan berkongsi rasa dalam cerita kerana ini akan membantu mimie untuk terus bangkit,kuat malah cepat sihat..
Nunu kangku dika diri, cabar diri untuk realiti dan jika kita memerlukan seorang pakar motivasi yang hebat,mimie adalah orangnya.
I LOVE U MIMIE..

IsOn said...

Amu kito i nasadayan banar diri mimie nga amu no leed asadaian beri tu ganta aku neduanan dot bas gumuli sid HUKM dit minsosodoi. mikaa-kaa kito sid kfc ka diri? hehe...

Honestly, I cry when I read this. Not because everything is so new to me. Not because you call it a tribute to me. It is because I felt the 'spirit' we've shared together. The pain you've endured so much. And the immeasurable strength, and immovable faith you have in God.

Hidup ini satu perjalanan... :)

Little Mike (LM) said...

gelora ombak di lautan akan menghasilkan pelaut yang tidak mudah mabuk...

satu permulaan... pengalaman yang memeritkan bukan satu sebab untuk menyukarkan lagi kehidupan...

to ison... mimie sudah melalui kekuatan sejauh ini... bro. ison antara satu daripada sebabnya. Hidupkan selalu semangat itu...

Nunu Nopolah said...

Dear Miss,
sharing is your remedy. It's not about sympathy but I am proud of you and thought you are brave in everything you do.

Tiba-tiba saya teringat sewaktu saya melawat arwah Johnly Masintang di GH dulu. Dia senyum-senyum gembira bila saya bawa majalah Gila-Gila sama dia. Di sebelah dia pesakit cedera dari kemalangan motorsikal dan rock habis kawan dia bercerita.

Yang paling saya ingat ialah saya tanya dia

"Johnly, mana selipar ko satu lagi?"

(Which I totally forgot that he has 1 leg left)

Saya tepuk dahi bila bapa dia ketawa.

Dari saat itu, saya sedar, walaupun Johnly dan bapa dia tengah keresahan, tetapi mereka masih boleh tersenyum dan ketawa.

JMimie said...

ANONYMOUS @ KAWAN LAMA,
Terima kasih atas kunjungan dan kata2 yg sangat berharga... ya..hidup ini adalah satu perjuangan yg hanya akan berakhir apabila nyawa bpisah drp jasad...dan utk itu..perjuangan masih harus diteruskan..

NONG,
Aku terkesima...lama terdiam.

Penderitaan, kesengsaraan, tangisan dan linangan airmata dari jiwa yg pedih memang realiti kehidupan yg amat menyakitkan. Tapi kita bersyukur kerana kita tidak pernah ditinggalkan bersendirian menghadapi semua perit getir kehidupan. Kita percaya Tuhan ada di sisi. Dia maha mengerti malah boleh menyelami jauh lebih dalam drp apa yg dpt kita fahami.

All things work together for good to those who love God.

Saya sebenarnya bukanlah seorang yg kuat. Sangat2 lemah dan tidak punya apa2 kemampuan utk memotivasikan diri sendiri apalagi orang lain jika tanpa-Nya. Yang kuat dan tabah itu bukan saya tapi Dia. Justeru, di dalam kelemahan, saya menjadi paling kuat bukan kerana kemampuan saya tetapi Dia.

"I am weak but God is strong...so, when we have a big problem...say to the problem, I have a God who's bigger and stronger and ever bigger and stronger than you:)"

Thank you Nong..I love you too my dearest friend.

BRO ISON,
Hee..nokuro keri tu KFC no nakan dito dot yangko asadayan amu nakaakan? haha.. misingko subai 'makanan moden' beri kabarasan.. waro po balaai.. minongowit ko dot rubic cube koni oi tiya diri tu pongukab dot pongitungan kanu dogo nga med amu oku dika diri tu malan oku monusun om monompipi di warana.. kenggolow tulu.. nda mau rusak 'dating mood'..hahaha

Seriously, no word could ever describe how much I appreciate you with all the love n care you've given me. You were there when I needed you the most...may God bountifully and endlessly bless you n your family...I love you brother.

Yup..hidup ini satu perjalanan...dan destinasi terakhir kita bukan di sini tapi di SANA..di dunia yg kekal.

"LOVE EACH OTHER OR PERISH"..where did I get this phrase..:)

DEAR MICK @ LM,
You are right...bro Ison antara sebab kekuatan saya.. dan sudah pasti ada banyak faktor lain lagi yg menguatkan perjuangan dan kebangkitan seorang manusia dari keadaan yg kurang baik menjadi lebih dan lebih baik/ceria/berjaya/sihat, etc... but the most needed and never-to-take-for-granted therapy is to have LOVE within and without.

If I don't have the support and love and caring and concern that I get from my family, relatives and friends... I don't have much at all. Love is so supremely important. I rather have nothing than love.

UKU,
Thank you for sharing that encouraging and very optimistic story of our late Johnly.

Yeah...sharing is a great remedy to our souls. Keep sharing;)

Zillions of gratitude to all of you for loving me:) I love you all.

Aldusuni said...

setiap sakit ada ubatnya...
1. banyakkan berdoa pd Tuhan yg menjadikan langit n bumi.
2. Katakan dalam hati n fikiran mimie tdk sakit.
3. sblm tidur kosongkan fikiran, lpaskan jasad. spti tdk wujud jasad mimie..terbanglah d alam tmpa smpdan..kutip tenaga sebanyak mana dlm perjalanan itu.
4. jangan lihat mimie yg ada.. lihat orang lain yg lebih derita.
5. banyakkan syukur pd pencipta

Anonymous said...

Teman

Tetapkan Fikir yang Positif. Derita2 hidup kita, ada lagi orang lain yg lebih derita dari kita. Kuatkan semangat dan berdoalah selalu, DIA tidak akan meninggalkan teman!!DIA akan sentiasa bersama kepada meraka yang percaya.

I asked GOD to make u happy, make u smile, guide u safely, grant u wealth, give u health and most of all, give u care and love.

God Bless You Teman!!

JMimie said...

Aman Nazri,
Terima kasih kerana mengongsikan petua/petunjuk yg sgt baik utk sya dan juga utk setiap pembaca. Itulah yg sdg diamalkan dan akan terus diamalkan.

Sdr anonymous @ Teman,
Your prayer means a lot to me. Thank you. God bless you too dear friend.

Mogoron said...

magandaa i banar iti. kaliali noh ki mimie.

Puteri KM said...

Mimie...
Saya kenal mimie di SMK Tandek. Waktu tu, saya GSTT dan Warden Aspuri. Selepas tu, saya tidak tau d mana c mimie.
Hari ini, baru saya tau d mana c mimie dan apa yg berlaku....
Kaliali noh ki mimie....

Footer