Sunday, September 6, 2009 By: JMimie

Part 3 - Determining The Right Choice

Salam sejahtera. Kita masih lagi berada di bulan merdeka, jadi rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Merdeka 1Malaysia. Salam perjuangan kepada sahabat2 setia RL. Sesungguhnya kunjungan, sokongan dan komen2 positif rakan2 sekalian amat berharga dan bermakna untuk menemani langkah perjuanganku yang belum selesai. Terima kasih sahabat2ku!

Menyambung kembali entry lalu saya yang agak lama tertunda, selain 3 panduan yang sudah saya kongsikan tentang bagaimana membuat pilihan yang betul, masih ada 2 panduan tambahan yang akan saya huraikan sebagai penyudah entry "Determining The Right Choice".

Panduan 4 - Meminta nasihat dan pandangan daripada ibubapa/orang dewasa yang matang dan 'spiritual'. Apabila kita harus membuat satu pilihan yang besar, yang akan mempengaruhi seluruh hidup kita sepanjang hayat, kita haruslah meminta nasihat daripada ibubapa dan beberapa orang yang matang. Tetapi matang saja tidak cukup, orang itu juga haruslah spiritual kerana kata2 seorang yang tidak mengenal Tuhan pasti berbeza dengan kata2 seorang yang rohaninya teguh kerana dia bukan berbicara atas kebijaksanaan sendiri tetapi oleh kebijaksanaan dari 'atas'. Harus diingat bahawa meminta nasihat daripada seorang yang tidak spiritual adakalanya membahayakan kerana besar kemungkinan nasihat itu akan membawa kita kepada keputusan yang salah. Ketika meminta nasihat daripada beberapa orang yang matang dan spiritual, kita harus mendengar persamaan dan perbezaan pendapat mereka. Jika hampir rata2 mengatakan pilihan A adalah yang terbaik, pertimbangkanlah nasihat mereka itu sewajarnya. Pasti ada sebab logik dan baik yang menyebabkan suara mereka mempunyai irama yang senada. Walaupun kadang2 keputusan terbaik boleh jadi datang dari suara minoriti tapi biasanya itu jarang terjadi dan kalaupun terjadi harus ada satu panduan terakhir yang kita mesti pertimbangkan sebelum kita 'confirm'kan keputusan/pilihan muktamad kita.

Panduan 5 - Adakah hati kita benar-benar damai dengan keputusan/pilihan yang kita buat? Sekalipun kita memenuhi semua kriteria yang saya sebutkan sebelum ini namun jika hati kita tetap tidak damai dengan pilihan yang kita buat, pasti ada sesuatu yang silap ketika proses membuat pilihan itu dilakukan. Contohnya, seorang pelajar memilih jurusan kedoktoran sebagai bidang pengajian dan seterusnya akan menjadi kariernya kerana didorong oleh keluarga untuk memilih profesion tersebut. Walaupun pelajar ini 'excel' dalam pengajian perubatan tetapi hatinya sentiasa tidak tenang dan tidak ada kedamaian yang sejati. Akhirnya, pelajar tersebut menukar jurusan pengajian kepada bidang keagamaan. Setelah itu, barulah dia dapat merasakan kedamaian yang sebenar di dalam hatinya. Ini sekadar satu ilustrasi, masih banyak contoh lain yang boleh kita temui seperti dalam memilih pasangan hidup.

One last reminder...

Belajarlah untuk mendengar suara 'kecil' di dalam hati anda. Jangan abaikan rasa hati yang berat(tidak tenteram) untuk meneruskan langkah kerana itu mungkin petanda bahawa anda sedang berjalan di track yang salah. Apabila anda sudah membuat sesuatu keputusan dan mulai melangkah mengikuti arah itu tetapi anda masih lagi tidak merasakan satu kedamaian jiwa di dalam Tuhan, maka itu adalah saat untuk berhenti melangkah dan berpatah balik. Berpatah baliklah ke tempat di mana hati anda menemui kedamaian di dalam Dia. After all, jika benar anda telah membuat keputusan dan pilihan yang tepat mengikut kehendak Dia, pasti Dia akan memeteraikannya bersama kedamaian jiwa.

Selamat membuat keputusan yang tepat! Selamat meneruskan perjuangan!

9 comments:

MINDAGURU said...

hai mimie, otopot, nasihat memang diperlukan hanya daripada orang yang tepat agar perancangan kita tidak tergelincir dari landasan ..

IsOn said...

No further comments... well said. :)

Jusmijo said...

Sangat baik dan berguna untuk dijadikan panduan....

hebat! hebat! hebat! :)

JMimie said...

otakguru, ison dan One...terima kasih kerana bersetuju dgn sya..

biasa2 ja ba one...sya pun masih budak baru belajar ni...budak besar..haha

Mogoron said...

Saya tidak setuju, kalau tidak bersetuju dengan artikel ini. hihihi.

JMimie said...

hahaha...suspen ko gima pinsan...nenduwaan ku mambasa om norotiyan ku nogi....hehehehe

Gaaman said...

Teruskan coretan positifmu...

Haahaa..bgus jga tu mogoron sekali sekala buat c Mimie suspen.

JMimie said...

Hahaha Gaaman :D

Umar Safri said...

saya juga tidak bersetuju dgn mereka yg bersetuju kpd yg tidak bersetuju dgn artikel ini. teruskan mimie!

Footer