Tuesday, August 18, 2009 By: JMimie

Determining The Right Choice: An Introduction

Salam sejahtera kepada sahabat2 yang setia mengunjungi Really Living (RL). Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan yang padu kepada RL untuk terus 'hidup' memberi suntikan motivasi kepada sesiapa saja yang sudi membaca coretan2 yang dihidangkan di sini (juga untuk motivasi diri sendiri sebenarnya).

Sebenarnya, saya sangat teruja dengan sokongan dan request anda semua yang menggalakkan saya supaya lebih rajin menulis dan berkongsi kata2 yang baik di ruangan kecil (besar?) ini. Komen2 yang anda tinggalkan di ruangan 'comments' dan 'interactive corner' sesungguhnya amat saya hargai walaupun mungkin kadang2 saya agak slow memberi respon yang dinanti-nantikan....so sorry, will try to be more proactive from now on.

Entry kali ini adalah lanjutan daripada entry sebelum ini, Antara Dua Hati. Masih lagi memperkatakan tentang pilihan. Perkongsian ini adalah untuk memenuhi permintaan pembaca budiman yang meminta saya supaya menulis tentang bagaimana membuat pilihan terbaik atau membuat keputusan yang betul. Satu persoalan yang sangat baik dan membuka minda kita untuk berfikir menggali jawapan/panduan yang betul agar kita tidak tersilap langkah atau sekurang-kurangnya dapat meminimakan kesilapan dalam membuat keputusan.

Membuat atau menentukan pilihan terbaik memang bukan mudah apalagi kalau banyak faktor-faktor luar yang perlu kita pertimbangkan termasuklah faktor2 abstrak dan subjektif berkaitan 'menjaga' perasaan orang lain yang mungkin terlibat secara langsung dalam proses ini. Tetapi, seperti yang saya (dan pembaca) katakan sebelum ini, adalah mustahil untuk kita menyenangkan hati semua orang. Adakalanya kita 'terpaksa melukai' hati orang lain untuk membuat keputusan yang betul. Adakalanya kita 'terpaksa berani' menghadapi risiko dituduh mementingkan diri akibat daripada pilihan yang kita buat. Tetapi persoalannya, betulkah pilihan yang kita buat itu adalah yang terbaik? Bagaimana untuk memastikannya?....nantikan sambungannya minggu depan.

Berhati-hatilah agar tidak 'melukai' hati orang lain sebelum anda betul-betul sudah memastikan bahawa pilihan yang anda pilih itu adalah keputusan yang betul.

8 comments:

Umar Safri said...

Sy bersetuju Mimie.

Sy pun seringkali berhadapan dengan dilema semasa membuat pilihan/keputusan. Ada ketikanya, sy menyesal selepas itu, hehe. Cuma, meminta pendapat drp orang yg kita percayai itu (melalui mesyuarat) dapat meminimakan kesilapan di dalam membuat keputusan. Dan yg paling penting, "setelah kita membulatkan azam, maka berserahlah kpd-NYA".

Teruskan menulis utk part yg seterusnya... :-)

IsOn said...

Keputusan yang kita buat hari ini mungkin bukan keputusan yang terbaik menurut pandangan orang lain, dan mungkin juga kita akan menyesali keputusan itu pada masa akan datang.

Tiada jaminan 100% kita tidak akan pernah silap membuat keputusan. Apa pun, yang paling penting kita jangan putus harapan untuk meneruskan sesuatu perjuangan dan terus berusaha untuk melakukan keputusan2 yang terbaik pada masa akan datang.

Apa yang terbaik ialah setiap keputusan yang kita buat, kita serahkan kepada Tuhan agar terus memimpin dan memelihara kehidupan kita, dan yang paling penting supaya dalam banyak2 pilihan keputusan, kita jangan membuat pilihan yang sangat salah menurut standardNya.

Teruskan perjuangan Mimie ;)

Anonymous said...

Hi Mimie..

akhirnya muncul intronya..


Teruskan Mimie.

JMimie said...

Umar & Ison...thanks atas komen2 kamu. Sya sgt setuju dgn semua itu...nanti sya ulas lebih lanjut komen2 kamu dlm artikel seterusnya.

Anonymous,

Ya akhirnyaa...hehe. Teruskan bersama RL.

BTW, buli ka sdr anon bagi nama samaran? kasi tukar tu anon bah spy sya tau kamu adalah org yg sama bila ada komen baru..lagipun lebih mesra gitu...hehe...apa2 saja nama pun bole jg bah, yg penting bkn anonymous :D TQ.

Jusmijo said...

Apa nama samaran yang sesuai aaa...?

Jusmijo said...

Aik! menjadi pula testing testing di atas 2 Mimie...

Inilah nama samaran saya.. dan gambar samaran saya pun ada di sebelah kanan
komen ini..

Ok. C u

Gaaman said...

selamat kembali Jmimie!, dah lama menunggu entrimu..
adakah 'tidak melukai' hati org lain merupakan kriteria pertama yg perlu kita pertimbangkan sebelum mengambil sesuatu pilihan?., tidak mungkin mimie! kita akan terperangkap/terjerat dek pilihan ini. Tidak mungkin kita dapat menyenangkan hati semua org, ada masanya kita TERPAKSA menyakitkan(bkn niat) hati org lain utk memilih(pilihan yg tdk menentangNya)..

JMimie said...

Hi One..thank u kerana 'memenuhi' permintaan saya..hehe. Selamat berblogging.

Gaaman,
Ya...bertemu kembali. Sebenarnya, ayat terakhir dalam artikel sya itu bukan bermaksud untuk meletakkan 'tidak melukai' sebagai kriteria pertama dalam membuat pilihan. Itu saya tulis sekadar utk peringatan supaya ayat sya yg sebelumnya iaitu "adakalanya kita terpaksa melukai hati orang lain untuk membuat keputusan yg betul" tidak dipandang mudah dan membuatkan orang lain "take things for granted".

Dalam kata lain...sya kasi rephrase ayat saya begini..."while it is true that we cannot avoid to hurt others due to our choice, it is also worth considering to ensure that our choice is the right/best one (according to God's will) to avoid unnecessary heartache and hurt to others"

Inilah 'background thought' sya semasa menulis ayat terakhir dlm artikel sya itu...sorry, kadang2 sya menulis dalam BM tapi idea itu sya fikir dlm BI..so mungkin ada kekeliruan sedikit.

untuk penjelasan seterusnya, nantikan sambungan artikel sya yg menyusul tidak lama lagi :D thank u friends.

Footer