Monday, August 24, 2009 By: JMimie

Part 2 - Determining The Right Choice

Jam menunjukkan pukul 11.09 p.m....sekejap lagi tengah malam...Selamat malam pengunjung setia RL.

Di malam yang sunyi ini, saya mau cuba2 menyambung entri yang lalu tapi macam tiada idea pula yang muncul dalam otak. Mungkin otak saya teramat kepenatan kerana terlampau 'sibuk bekerja' beberapa waktu kebelakangan ini...hehehe. Apapun, untuk tidak menghampakan pengunjung setia RL...mari kita berkongsi beberapa perkara tentang bagaimana membuat keputusan yang betul...setakat yang mampu difikir malam ini.

First of all, saya akui bahawa saya bukanlah seorang yang 'pakar' dalam topik ini. Saya sendiri juga banyak kali gagal dalam membuat keputusan yang betul. Namun, orang bilang kita belajar dari pengalaman dan sesungguhnya pengalaman adalah guru yang paling efektif untuk mengajar kita tentang hidup yang penuh dengan pilihan. Bukan itu saja, kita juga boleh menimba ilmu melalui pembelajaran sendiri samada secara lisan mahupun bertulis dan belajar dari pengalaman orang lain. Oleh itu, tips2/panduan yang bakal saya kongsikan di sini adalah hasil dapatan saya setelah melalui ketiga-tiga proses yang telah saya sebutkan di atas.

Semua kita mengakui bahawa memang bukan mudah membuat keputusan yang betul tapi jika kita membuatnya berdasarkan landasan yang betul, saya percaya lambat atau cepat, akhirnya kita pasti akan mampu memilih pilihan yang betul dan terbaik.

Panduan 1 - Saya senada dengan suara sdr Umar dan Ison dalam komen mereka kepada entri saya sebelum ini bahawa yang pertama dan terutama dalam membuat keputusan ialah pilihan itu harus benar dan tidak bertentangan dengan standard Tuhan. Apapun kepercayaan kita, saya yakin agama kita masing-masing ada menetapkan mana yang benar dan salah di hadapanNya. Jadi, soalan pertama yang harus kita tanya dalam membuat keputusan ialah adakah pilihan yang bakal saya pilih ini tidak bertentangan dengan mana2 perintah/hukum yang diberikanNya kepada manusia? Hanya keputusan yang benar di hadapanNya membawa kebaikan. Selain ini, keputusan kita pasti akan membawa kepada kekecewaan dan kesia-siaan.

Panduan 2 - Apabila kita mahu membuat keputusan yang benar di hadapanNya bermakna kita juga harus sudah terlebih dahulu menetapkan dalam hati bahawa kita mahu menuruti apapun kehendakNya sekalipun itu terasa seolah-olah menyakitkan bagi diri manusiawi kita yang lemah. Contohnya, seorang lelaki muda jatuh cinta dan mahu mengahwini seorang wanita yang bergelar isteri kepada orang lain. Untuk menolak keinginan hatinya, pasti pemuda ini akan berasa sangat sakit dan kecewa tapi tidak meneruskan niatnya adalah satu-satunya jalan yang benar dan direstui olehNya. Akhirnya, keputusan yang terbaik ialah 'mengorbankan' keinginan sendiri demi memilih satu keputusan yang tidak bertentangan dengan panduan dari Yang Lebih Bijaksana. Memang sakit tapi itulah yang terbaik!

Panduan 3 - Doakan perkara itu selalu. Sebagai seorang yang mempunyai kepercayaan agama, kita percaya kepada kuasa doa. Langkah ini sangat penting kerana apabila kita sedang berhadapan dengan persoalan2 dan pilihan dalam hidup, seringkali ada 'suara2' jawapan yang bukan berasal dari Yang Maha Tahu. Saya pasti anda bersetuju jika saya katakan selain suara baik, suara 'jahat' juga sentiasa cuba mempengaruhi hati nurani kita setiap saat. Di saat kita berdoa, kita secara rasmi sedang meminta Tuhan untuk menguasai keadaan dan ini dapat mendiamkan suara2 yang bukan berasal dariNya supaya fikiran kita lebih jelas untuk membuat keputusan yang betul. Jika kita gagal mendoakan perkara itu selalu maka 'suara2' itu akan menguasai fikiran kita dan membuatkan kita takut dan bingung membuat keputusan yang betul. Yang salah pun nampak macam betul saja.

Masih ada beberapa tips dalam minda tapi cukup sampai di sini dulu buat kali ini. So sleepy....zzzZZZ.

Gud nite everyone.

To be continued...

7 comments:

IsOn said...

Aawal oku sumombol siti biano mimie. nokoodop oku no didiri nga noposikan oku dilo boboi. hehe...

ok, tiada ulasan tambahan. itulah yang sewajarnya. ;)

Umar Safri said...

pengetahuan kita amat terbatas. apatah lagi utk mengetahui dgn pasti apa yg berlaku pada masa depan (takdir). sebab itu DIA ada. dampingi DIA, taati perintah DIA dan bermunajatlah kpd DIA. atas sifat DIA yg maha mengetahui, `suara baik` itu akan dikirimkan kpd kita sbg petunjuk di dlm membuat keputusan.

setuju. bagus ambaya! teruskan. jgn lupa dengan Utara.FM... kita ada DJ baru, hehe.

Jusmijo said...

Bagus Mimie!

Panduan yang Mimie berikan nampaknya umum tetapi tepat!

Teruskan untuk panduan yang seterusnya...

Gaaman said...

teruskan berkarya sambil mengongsikan pengalaman hidup utk tatapan dan panduan pembaca SAM..

JMimie said...

Ison, Umar, One, Gaaman...sya salute betul kesetiaan kamu bersama RL. Terima kasih tidak terhingga....sangat2 dan teramat menghargainya.

P/S umar: byk tu DJ baru...tetap memberi sokongan jg ba ni..hehe

NONG said...

Secara peribadi..paparan yang mimie kongsikan di sini sebenarnya banyak memberikan ilmu perkongsian kepada kami..
aso no boroson ku yoku diti melainkan teruskan berkongsi rasa dari hati yang paling dalam..

JMimie said...

Nong, terima kasih di atas sokonganmu yg tidak putus2 diberikan kpd saya & RL. Semoga Tuhan sentiasa memberkatimu dan keluarga.

Footer