Antara dua hati. Di persimpangan dilemma. Satu keadaan yang seringkali memeningkan. Orang yang berada dalam situasi ini memang hidup tak tenang. Keadaan ini berlaku apabila kita harus memilih satu di antara dua, tiga, empat atau lebih pilihan yang ada. Tidak kiralah apa jenis pilihan yang perlu dibuat, dari yang remeh seperti memilih menu makanan, memilih pakaian yang mahu dibeli, hinggalah kepada perkara yang besar seperti memilih pasangan hidup! Sungguh membingungkan. Lagi parah kalau tersilap pula membuat pilihan…memang sakit.
Tidak dinafikan hidup di dunia adalah tentang membuat pilihan. Setiap saat kita harus membuat pilihan. Bahkan bernafas saja pun juga satu pilihan. Jika kita memilih untuk berehat bernafas selama setengah jam (atau mungkin kurang dari itu) alamat…kiawau sakup la jawabnya. Dalam hidup ini, kita harus berani dan bijak mengambil keputusan di atas pilihan-pilihan yang ada. Ada pilihan yang mudah diputuskan, namun ada juga pilihan yang sukar dibuat. Apapun situasinya, apapun kondisinya, kita masih harus mengambil keputusan. Jangan biarkan diri selamanya berada di persimpangan dilemma.
Namun, ada jenis manusia yang tidak mahu mengambil keputusan dengan alasan seperti:
1) Tidak tahu atau belum cukup informasi untuk mengambil keputusan – baik tetapi harus ada hadnya
2) tidak mahu orang lain tersinggung/disakiti dengan keputusan yang bakal dibuat ataupun takut mengambil keputusan yang salah dan berbeza dari kebanyakan orang
3) Mahu bersikap neutral yang akhirnya terpaksa berada di posisi atas pagar
4) Ingin menyenangkan hati semua pihak
5) Takut diolok-olok
6) Beranggapan bahawa tidak membuat pilihan atau keputusan juga adalah satu pilihan
Kelima-lima alasan terakhir di atas membuatkan ramai orang takut membuat keputusan. Ini adalah fobia yang sering menghantui manusia kerana terlalu obsess mahu menyenangkan hati semua orang. Hakikatnya, adalah mustahil untuk menyenangkan dan memuaskan hati 100% semua manusia.
Orang yang takut mengambil keputusan adalah orang yang tidak akan pernah berhasil dalam hidupnya. Ini kerana langkah pertama dari keberhasilan adalah mengambil keputusan. Mungkin adakalanya kita mengambil keputusan yang salah tetapi masih lebih baik memperbaiki keputusan yang salah daripada tidak ada yang mahu diperbaiki langsung kerana tidak pernah ada sikap/keputusan yang diambil. Bayangkan…Cermin boleh memberitahu kita apa yang tidak ‘ngam’ di wajah kita, tetapi cermin itu sendiri tidak akan pernah dapat mengubah/memperbaiki kecacatan di wajah kita tanpa kita memilih untuk bertindak melakukan sesuatu tentangnya.
Mahukah anda hidup tenang? Jangan 'mendua' hati! Make your choice.

12 comments:
Setuju dengan semua kenyataan itu. Ada keputusan2 yang boleh ditangguh kerana masih ada ruang masa untuk mempertimbangkannya, tetapi ada keputusan2 yang perlu dibuat dengan segera. Oleh itu marilah kita buat keputusan yang terbaik dan teruskan perjalanan hidup...
hidup ini mencabar kerana kita terpaksa membuat pilihan.. apapun pilihan kita, pasti tidak dapat menyenangkan hati semua orang. Oleh itu pilihlah utk menyenangkan hati Sang Pencipta agar kita tenang dan senang(wlp hakikatnya tdk senang)mengharungi kehidupan ini..Berkat melimpah atasmu dan keluargamu!.
kiawau sakup boh ambaya, hehe. setuju dgn pandangan cik JM (sikit lagi tertaip LM, hehe). membuat keputusan itu memang penting. tapi yg lebih penting drp itu adalah, sejauhmana kita telah mempersiapkan diri kita sebelum membuat keputusan.
persiapan samada dari segi ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan. sebab, ketepatan keputusan itu adl berkadar terus dgn semantap mana persiapan yg kita ada. seorang profesor dan seorang pengemis sudah pasti berbeza cara mereka membuat keputusan.
spt biasa, teruskan!
Betul tu Ison...mmg ada waktunya perlu masa lama krna harus fikir dalam2 sblm buat kptsan, tapi tidak buli aplikasi jg dlm semua keadaan. Eduan i dot kapal ko kaanu keputusan sumako dagan momikir...
Gaaman,
Terima kasih di atas kunjungan dan komen yang ditinggalkan. Sangat setuju dgn anda...keputusan yg terbaik adalah keputusan yg benar dan berkenan di hadapan Sang Pencipta walaupun itu sakit kerana bertentangan dgn keinginan kita sendiri. Kadang2 yang terbaik (di hadapanNya) itu menyakitkan tetapi bukan bermakna itu pilihan yg salah. GBU
Note: Macam sya kenallah kau ni Gaaman..hehe
Ambaya Umar,
Ya..dalam membuat setiap keputusan mmg perlukan persiapan...sebab itulah membuat keputusan itu perlu diajar dan diterap seawal usia kanak2 lagi agar sikap itu jadi habit,jadi karakter kemudian menjadi gaya hidup kita kerana ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan tidak dtg sekelip mata. Ianya adalah satu proses embelajaran sepanjang hayat...semakin banyak kita praktis membuat keputusan, semakin dekatlah kita kepada keputusan yg 'perfect' tanpa mengira latar belakang...urang bilang practice makes perfect. Cuma bezanya...mahu atau tidak buat keputusan.
JMimie,
Mungkin tidak(kenal), namun saya berharap suatu masa ada kesempatan utk dapat bertemu dgn kamu. Saya sangat KAGUM dan diberkati oleh semangat, ketabahan, kekuatan dan imanmu(kpd DIA) dlm menghadapi kehidupan ini. Teruskan coretan2mu(yg lahir dari hati yg paling dalam - saya percaya) utk membantu membangun dan memotivasikan kawan2 yg masih dalam dilema(persimpangan). Doa saya(dan kawan2 kita semua)agar tulisanmu terus-menerus mendapat urapan(dari DIA) utk memberkati semua orang. GBU..
Setinggi2 penghargaan kpd kata2 kamu yg sangat baik sdr Gaaman...sejujurnya, airmata sya menitis saat membaca komen kamu ini...tiba2 sentimental pula jiwa saya di senja2 begini...Thank u so much kerana sudi 'menyelami' dan memahami tulisan2 saya sedalam itu...Tuhan memberkatimu.
Hi pinsan mimie. Mantad oku silo id sulap KW didiri. Nokopimamantok gaam it tajuk post tongo kinoruangan siri diri? Madko
Apakah Yang Anda Mahu Lakukan Jika Anda.....
Antara Dua Hati?
Hihihi... (kada kow rumasang ki, tad ugason i iti kuminku ong amu kow kasaramai.)
Bercakap pasal menyenangkan orang: Perlukah menyenangkan semua orang?
Saya fikir tidak....
Bagaimana membuat keputusan/pilihan terbaik? Mungkin Mimie boleh menulis artikel tentang ini?
Hahaha pinsan Mogoron...oleed oku motoongong mangarati nunu ino komoyoon nu...ades, it sinurat di LM to bala komoyoon nu diti..
what a coincendence ka dit urang putih..hehehe
Hi anonymous...hampir bertembung ni comment kita..hehe...thanks di atas komen dan cadangan. Akan diusahakan.
ades pembetulan..salah ija di atas dagan nadarakan solikakamon sumimbar..hahaha
# What a coincidence
Post a Comment