Wednesday, June 10, 2009 By: JMimie

PART 6 - There's No Reason To Be Sad...Don't Worry, Be Happy

Salam sejahtera kepada pembaca2 budiman SAM & RL. Sesuai dengan ruangan 'Motivation' yang diberikan kepada saya, entry saya kali ini ingin meninggalkan sedikit kata2 motivasi kepada setiap pembaca yang pastinya tidak lari daripada menghadapi pelbagai cabaran berat dan sukar ditanggung saban hari. Entry ini juga adalah sambungan daripada kisah hidup saya yang sudah dipaparkan dalam blog peribadi saya Really Living sebelum ini.

Foto di atas adalah gambar terkini saya yang sedang duduk di wheelchair sambil sedang 'berceramah' di depan orang ramai. Seperti yang sudah saya kongsikan sebelum ini, sejak saya mulai sakit pada pertengahan tahun 2000, saya tidak pernah sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang dihidapi. Sejak pertengahan tahun 2004 sehingga sekarang, wheelchair sudah menjadi sangat sinonim dengan hidup saya kerana inilah satu2nya mobility device yang membolehkan saya bergerak ke sana sini.

Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana saya menghadapi hidup sehari-harian dengan pergerakan yang sangat terhad. Bukan itu saja malah harus berperang dengan rasa sakit setiap saat. Tidakkah saya berputus asa? Jawapan saya....

Segala-galanya terletak pada kuasa minda yang diilhamkan oleh yang Maha Kuasa. Sekalipun tubuh badan saya sakit setiap saat tetapi saya tidak perlu 'tunduk' kepada rasa sakit itu dengan membiarkan minda saya turut jatuh sakit dan tidak berpengharapan. Kesakitan dan penderitaan yang saya tanggung memang sangat payah. Walaupun saya tahu masih ramai di luar sana yang mungkin menanggung penderitaan yang lebih berat dari saya tetapi cukuplah jika saya katakan kesakitan/penderitaan yang saya alami juga bukan kesakitan biasa2. Kalau saya memilih untuk berputus asa, saya sebenarnya sudah lama mati dari dulu lagi. Tetapi, syukurlah kerana dengan kekuatan yang diberikan oleh Tuhan, saya masih hidup sehingga hari ini dengan minda yang sangat positif dan HAPPY.

Dulu saya pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah menengah tetapi terpaksa mengambil cuti yang sangat panjang sampai sekarang kerana saya sakit. Dulu, saya boleh bergerak bebas tanpa menyusahkan sesiapa, sekarang saya harus bergantung 24 jam kepada orang lain untuk melakukan segala sesuatu bagi saya. Dulu, saya boleh melakukan apa saja tanpa rasa sakit, sekarang dengan menaip entry ini saja pun sudah cukup membuatkan saya berasa sakit dan penat. Tetapi...di sebalik semua itu, satu perkara yang sentiasa indah untuk saya renungkan setiap hari ialah kata2 ini...

The happiest people in the world
are not those who have no problems
but the people who have learned to live
with those things that are less than perfect

Oleh itu, tidak ada satu pun sebab dan tidak ada alasan untuk kita berduka terus menerus walau apapun keadaan yang kita hadapi. Bagi anda yang sedang berduka, bersedih atau tenggelam dalam penderitaan, BANGKITLAH mengatasi kedukaan anda. Jangan cepat berputus asa. Anda boleh mengubah segalanya dengan berfikir positif. Don't worry, be happy!


More tips...

1) Sentiasa bersyukur - bukan setakat ketika kita menerima sesuatu yg baik tetapi juga ketika menerima sesuatu yg tidak menyenangkan
2) Tetaplah berdoa
3) Jangan melepaskan pegangan dan iman anda daripada apa yang anda percayai
4) Hargai kasih sayang yang diberikan oleh keluarga, sahabat dan orang2 sekeliling
5) Make friends...jangan memencilkan diri
6) Give more....berilah apa saja yang mampu diberi, jangan asyik mengharapkan untuk diberi(menerima) sekalipun anda berada dalam kondisi yang sukar
7) Jangan berdendam. Jangan menyimpan kesalahan orang lain dalam hati. Ampunilah mereka yang pernah menyakiti anda.
8) Love more and be lovable...oh ya...gambar di atas diambil ketika seorang best friend saya (juga ahli SAM yang lebih dikenali sebagai LM) datang melawat saya last week....gelap sikit sebab ambil gmbar guna hp ja...hehe.

That's it for today....HAVE A HAPPY DAY TO ALL!

29 comments:

Anonymous said...

wheelchair-sesuatu yang selalu menyedihkan saya bila mengenangnya...

semoga tabah selalu menghadapi hidup ini.

Aldusuni said...

terus tampil d hadapan katakan pada manusia lain bahawa anda JOHAN ... minda anda punya kelas, fikiran anda punya sejuta mutiara yg tdk ada pada orang lain...pergunakan minda itu untuk terus berjuang...

NONG said...

Mimie,
Sesungguhnya tiada yang lebih ISTIMEWA dan MEMBAHAGIAKAN selain memperolehi kebahagiaan dalam HIDUP, KERJAYA, KAWALAN PERASAAN DAN CINTA. Namun tidak semua itu mampu kita miliki serentak.Terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa kita korbankna dan lalui sama ada rela atau tidak untuk memiliki salah satunya.
Namun kasih sayang dan cinta yang ikhlas dan tulus la satu2nya PENAWAR pada segala kesakitan kita.

Mimie..God Bless you.
SAM akan datang melawat bulan 10.

NOTA: MUDAH-MUDAHAN WARO TABAR TAWASI TALALANGKAS KIE..hHEHEH

NONG said...

Inilah yang saya mahu dengar dan mahu lihat selama ini. KEBERANIAN dari seorang wanita biasa tapi cukup luar biasa..ini bukan lagi sekadar REALLY LIVING tapi MUST LIVING to love more and be loveable.

Kebangkitan dan kekuatan mimie dalam mengharungi sakit ini pasti akan membakar semangat pada insan lain untuk terus hidup.
Justeru, teruslah berkongsi kisah ini.
Mogiad oku diri mimie.Pantang ku yoku too kabaca dit osodih. Mimang ko kead oku.Tiya minangai sowoo it tanak d otoi ad nolotan kawagu om minangai oku daalo suo manyanyi nga milon nokead oku tu lumangad oku d apa dagai. cucu pertama arwah bapa yang kahwin gima.. :)

CERIA SELALU MIMIE!!!..

JMimie said...

SURINIT,

Apaam ku ino wheelchair komoyoon nu dino...sagai pogi waro komen ku id entry nu digulu diri dot...hayatilah setiap rasa yang ada selagi kita mampu menghayatinya...iti o komoyoon ku diri.

Ya...teruslah tabah. Sya yakin, Surinit dan saya dan kawan2 lain di luar sana adalah orang2 yg tabah. Buktinya, kita sudah berjaya melalui pahit manis kehidupan sejauh ini dan masih really living..

AMAN NAZRI ALDUSUNI,

Komen anda sangat membuatkan saya teruja. Terima kasih tidak terhingga di atas kata2 yg amat menghidupkan saya.

DEAR NONG,

Amu no ogumu isimbar ku dika diti tu aso no wokon elaan ku momoros sumalak ko a ogigina ponorima kasih ku dika tu aso tingkod nu monukung dogon mantad dit kinotimpunon nopiralom ot piorotiyan dito sampai tidino. Maka'a no iti koidupan daton sitid riniba diti, ogumu ot ajajangan nga awasi i to mari ilo kikiawi ong atandayan nogi daton mongitung i dang positif nono.

Nota: arapon nopo bo abarakatan ino komoyoon nu dino om aso ot aral melintang...elaan po sompori:)

IsOn said...

Don't worry, be happy... perkataan ini sudah seringkali bermain di bibir saya sendiri. Diucapkan kepada teman2 dan juga diri sendiri.

Teruskan perjuangan mimie...

Nota: 'wayar' ka dilo word verification minimbulai. A elaan nunu song wayar ot komoyoon dilo. Hehe...

MARUDU BLOGGERS said...

adesss... mongomen oku daraii nga..manaip oku nogi noliong noh it maan ku toipo..iti noh karaatan balaai ong kitutumur noh..apa2 pun mad koh at komen noh di ison..DON'T WORRY BE HAPPY..Tuhan sentiasa bersama bagi orang2 yang tabah.

Ngaaaa..akala i ison ong pasal poh dot word verification tu tabom "appit" ot dogon minimbulai..hahaha..ngam2 nokito ku at pinsan ku silod gambar id toning nu..mad go agayo tarati dat word verification

MARUDU BLOGGERS said...

deiii..milom tu marudu bloggers nogi ti minimbulai..yoku teti..i ILLIE..hehehe

IsOn said...

Haha... illie. Nunu iti naajajangan diti word verification biano diti tu

'wayar' ka yoku di timpuuni

'appit' kanu yikau

suwang oku kembagu siti nga

'expandly' ka diri.

Nota: Mogot ong baabanar pelo. Arapon nopo bo. Hehe...

elly said...

God bless you always!!

JMimie said...

hahaha Ison om Illie...iti no kenginan ku diko'o...ogugumo no kerarakan...ketawa dan gembira adalah ubat yang mujarab ka mari diri...ogumu kangku kowosian ong ogumu no tambabaya dot oceria masam ko iko'o...olingan ku turus at toruol ku..hehe

Nota: aluk banar ino tongo word verification najajangan diko'o dino kiobo...arapon nopo daton id Sawat bo..haha

SDRI ELLY,

Thanks kerana sudi berkunjung ke blog saya. I really appreciate that. God bless you too my friend.

TOMPINAI said...

Tiada yang mampu diucapkan, anda tabah dan kuat. Tabik dgn anda....

MARUDU BLOGGERS said...

hahahaha..nakala ko kembagu ison tu..beno babanar ko dang kabanaran ot minimbulai dat word verification
"suppe" ka biobo..ong itungon no babanar..mad ko waro tuni dot SUP ka dilo.

ILLIE

Senjaliza said...

Beauty is from within. More beautiful is what you see and what you don't. You are beautiful Jmimie.

Little Mike (LM) said...

Satu contoh yg sangat baik yg dikatakan sebagai kekuatan mental dan personaliti...

Saya secara peribadi merasa sangat berbangga mimie memilih untuk tabah sejauh ini. Kekuatan menangani hati bukan mudah diperolehi apatah lagi berkaitan hal memaksimakan sebaik mungkin atur emosi yang mudah sahaja dicabar oleh persekitaran. Teruskan kekuatan 'berkarya rasa' melalui keindahan mentertibkan segala luka, pasti sukacita tidak begitu jauh di keliling kita malah dekat menemani. Dia Yang Maha Kasih dan Adil akan membahagiakan segala hibamu..

Yang paling penting ialah JANGAN GAGAL bersandar kepada Dia.

JMimie said...

Terima kasih sahabat2ku...kata2 anda semua sangat menghiburkan dan menceriakan saya...anda semua adalah sumber kekuatan saya juga...ubat terbaik yang pernah saya temui ialah sukacita dan kegembiraan yg dikongsikan bersama sahabat2 baik dan ceria seperti kalian semua. Teruskan bersamaku di alam maya. God bless you all.

Nota: Illie...katuk obo ong dang kabanaran no minimbulai...kawanit kiobo ino...hahaha

ARYA,KK said...

hi Jmimie,
kelembutan hati dan nalurimu jelas terpancar pada raut wajah mu yang pulus.Jangan pernah menyerah sekali pun hanya duduk di kerusi roda kerana segala bentuk motivasi yang terluncur dari otak geliga mu bisa menjadi pautan pada kita semua.

firasat ku mengatakan semacam ada JODOH dengan pasangan dalam gambar itu..kalian lihat pada semyuman dan mata mereka berdua.Betuk mata dan kening sudah cukup memperlihatkan keserasian.Harap saya tidak silap:)

NOTA: seorang sahabat selalu mampu menjadi kekasih

Little Mike (LM) said...

Berkasih itu adalah sahabat kepada rasa...

Betul ka ARYA.KK? hehe

JMimie said...

Selamat datang sdra/i ARYA.KK... manis sungguh rasa hati saya membaca setiap bait katamu yang amat indah dan luhur. Tidak ada silapnya dalam setiap tuturmu kerana sesungguhnya "berkasih itu adalah sahabat kepada rasa"

NOTA: i dang kabanaran biano boroson ku diti tu amu agagaan koomis rasa diti ginawo ku maka'a...hahaha

Anonymous said...

Tabik oku dinot keceriaan nu mimie. Semoga terus kuat dalam menjalani kehidupan. Doa dagai kikiawi untuk kesihatan om kokuatan nu sentiasa bersama dikau.

ARYA KK said...

jika ia sebuah cinta…
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati…

jika ia sebuah cinta…
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..

dan memang betul, berkasih ialah sahabat yang baik kepada rasa.

Unknown said...

it is by the grace of God that we have what we possess today & it is by His grace that we live the way we are today.
Your situation and sharing have blessed many people & i believe He will draft something that's best for you according to His plan.

thanks for sharing!

Floyd, KK

JMimie said...

AMAN KANIL,
Kotoluadan dika tu nokosiwat ko poogol dot boros om pangandaman tawasi sitid sulapku. yeah..hidup mesti ceria...chaiyo2X

ARYA KK,
Saya suka benar membaca puisi pendek anda namun sangat bermakna...bicaramu tidak pernah gagal meninggalkan usikan manis dalam hati ini...barangkali bagus kalau sdra/i kasi bikin satu sajak 'cinta' eksklusif utk sya...hehe...just kidding...tapi kalau betul..amat berbesar hati menerimanya.

de Engineur@ Floyd,
First of all, thank you so much for visiting me here. This is the first time ever I got a comment from u and I'm so grateful for this. Giving encouraging words is also a great way to bless others and your comment is one of those wonderful blessed remarks I received today. God bless you.

dawn said...

Dear Mimie,
I still can recall what happen to you long before. We were all very worried of you. Thank god you still manage to go on with your life. love you and go on with your life. Hope I have time to visit you end of this year. Can't really promise you but I try my best

JMimie said...

Dear Dawn,
Yeah...u know it. I guess u know better than anyone does about my past "bitter experience". I really appreciate everything that u had done for me...I love you dear friend. Hope to see you soon. Btw, a heartfelt congrats on ur wedding! God bless u n family.

SONSOGON said...

siti nga waro ie bala'ai raramai.nakalambat oku siongo poh..nawi noh do illie om ison tongo gisak.sera kah talob tagayo diko'o dino.elala'an ku noh boh

JMimie said...

aii...siti ko bala kinumakap dogo bo sonsogon. mokimaap ki tu keemot ku biano iti komen nu..ino no gima dika, ako tinumampu dit tiya raramai digulu...nga kada kosusa, indadan po raramai babanar kembagu, tatap koponinggurup ko do gisak nono tu turu tadau om turu sodoi raramai ka mari di illie...hahaha.

Anonymous said...

Hai Mimie,

Everything will goes well with u for God is with you. Keep up the good faith and He will surely smiles at you when u come to face in face with Him in Heaven.

U r such beautiful and inspiring lady

Bless u

JMimie said...

Thank you so much anonymous(I wish I knew you better)...God bless you.

Footer